manusia…
February 11th, 2008 by aisyrichmanusia punya banyak persamaan, sangat-sangat banyak..kenapa pula dikatakan manusia punya begitu banyak persamaan?
1. proses yang berlaku dalam badan manusia sama sahaja..rasa lapar, rasa sakit, rasa sedih, rasa pedih, rasa lah apa sahaja..sama saja apa yang dirasakan oleh semua manusia..apa mungkin ada manusia yang tak lapar?apa mungkin ada manusia yang tak penah merasa sakit?jika bukan fizikal sekalipun, mungkin hatinya..apa mungkin ada manusia yang tidak pernah merasa sedih?merasa pedih?..robot barangkali atau AI sebagaimana yang dibayang oleh steven speilberg..
2.semua manusia mahu kan kasih sayang, disayangi dan juga menyayangi..kalau ditonton sehingga habis apa yang dicari oleh David, adalah rasa sayang dari seorang ibu..jika robot bisa mencari sayang, apa mungkin manusia sebenarnya tak memerlukan kasih sayang? apa mungkin manusia lupa bahawa mereka bisa berkongsi rasa sayang? apa mungkin manusia lupa bahawa mereka perlu disayangi dan bisa menyayangi?
3.setiap manusia punya pegangan hidup yang bisa menolong mereka hidup..masa kecil, hidup nya dipimpin ibu dan ayah, semasa membesar, manusia memerhati, manusia belajar, manusia aplikasikan apa yang diperhatikan, apa yang dipelajari untuk membentuk diri mereka, untuk membawa diri mereka ke hadapan..untuk hidup..
4.ya..ada manusia yang ditarik nikmat untuk melihat, mendengar, berkata, tapi apa beza nya mereka dengan manusia yang lain?melihat..mereka melihat dengan mata hati yang saban hari mereka berdoa agar memperlihatkan perkara yang benar..mendengar, mereka bisa membaca, bisa melihat, bisa menghasilkan musik mereka sendiri,benarkah mereka tidak mendengar?jika setiap perkataan yang keluar dari mulut manusia hanya penuh dengan cercaan, penghinaan, kutukan..rugi kah manusia jika mereka tidak boleh berkata-kata?..
namun, dengan persamaan-persamaan ini, manusia berbeza dari segi iman dan akidah nya,hanya kerna dua perkara ini manusia berbeza, lain cara makan, lain cara berjalan, lain cara bercakap, lain cara berfikir, dan pelbagai lagi..
unik nya manusia..berbeza walau punya banyak persamaan..